Program  : Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)
Tarikh     : 12 Disember 2015
Masa       : 10.30 – 11.00 am
Lokasi     : PI1M Kg Kundang
Kategori  : Pelajar Sekolah
 
Objektif   :
Peserta didedahkan dengan tayangan video Klik Dengan Bijak – Bully Cyber. Turut diberi pendedahan kepada pelajar bahaya dan kesan bully cyber kepada mangsa. Menanam dan memupuk sifat murni dan gaya hidup sihat .
 
Program   : Pengenalan Dashboard & Portal Pusat Ekonomi Digital
Tarikh      : 01 Disember 2015
Masa        : 3.00 – 4.00 pm
Lokasi      : PI1M Kg Kundang
Kategori   : Pelajar Sekolah Rendah/ Menengah
 
Objektif   :
Peserta didedahkan kepada Taklimat Pengenalan Dashboard PEDi serta Portal PEDi Kg Kundang.

Program  : Pengisian Data di Microsoft Excell
Tarikh     : 5 November 2015
Masa       : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi     : PI1M Kg Kundang

Objektif   : Membantu Guru memasukkan data pelajar ke dalam Microsoft Excell .

Program  : Lawatan Ybhg. Dato Hj Bing Selamat (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK)
Tarikh     : 27 Oktober 2015
Masa       : 3.00 Petang
Lokasi     : PI1M Kg Kundang & Kediaman Adik Fazdlee Firdaus

 

Objektif   :

Program penyerahan bantuan laptop dan printer  oleh Ybhg. Dato Hj Bing Selamat ,Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada saudara Muhammad Fadzlee Firdaus. Muhamad Fazlee lumpuh dari pinggang ke bawah akibat daripada kemalangan jalan raya 7 tahun yang lalu. Kaki kanannya telah dipotong dari pangkal peha ke bawah dan kini menggunakan kerusi roda sebagai medium utama untuk bergerak. YBK mengambil satu inisiatif untuk memberikan sinar baru dalam usaha membantu Muhammad Fazlee meneruskan kehidupannya. Program secara intensif ini membolehkan ia mempelajari asas komputer seperti Microsoft Office, Internet dan kemahiran perisian. Melalui beberapa fasa pembelajaran yang akan ditetapkan bersama Petugas Pusat Internet 1Malaysia Kg Kundang dan sukarelawan YBK di Tanjung Sepat  , Muhamad Fazlee dijangka mampu untuk menggunakan landasan ICT sebagai sumber pendapatannya. Semoga program yang dirancang ini mampu memberikan semangat serta sinar baru untuk Muhamad Fazlee meneruskan kehidupannya pada masa akan datang.

Program  : Kelas Komputer Pelajar Sekolah Menengah (Mereka Kad Ucapan Hari Lahir)
Tarikh     : 5 November 2015
Masa       : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi     : PI1M Kg Kundang

Objektif : Memberi latihan membuat kad ucapan hari lahir dengan menggunakan Microsoft Publisher