Tarikh | : 3 Ogos 2024 |
Masa | : 10.00 - 11.00 Pagi |
Lokasi | : NADI Kg Kundang |
Kehadiran | : 13 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar kepada pengenalan Microsoft Office Power Point dan membina salasilah keluarga.
Aktiviti
Pada kali ini, peserta didedahkan kepada pengenalan Microsoft office powerpoint . Peserta dikehendaki membuat salasilah keluarga masing-masing. Dalam pembelajaran kali ini peserta menggunakan tool smart art grafic di Ms Power Point iaitu Hierarchy, kemudian peserta dikehendaki memasukan nama ahli keluarga masing-masing, menukar font dan saiz tulisan seterusya menambah gambar menggunakan stock images dan akhir sekali memasukkan design background. Pembelajaran ini dapat membantu peserta untuk mengenali salahsilah / keturunan keluarga masing-masing.
________________________________________________________________________________________
- .
Tarikh | : 12 Julai 2024 |
Masa | : 10.30 - 11.30 Pagi |
Lokasi | : NADI Kg Kundang |
Kehadiran | : 17 Orang |
Memberi pendedahan kepada pelajar Tabika KEMAS Kg Kundang mengenai advokasi Klik Dengan Bijak (KDB)
Aktiviti
Taklimat ini diadakan di Tabika KEMAS Kg Kundang. Kanak-kanak tabika didedahkan tentang apa itu Klik Dengan Bijak (KDB), seterusnya kanak-kanak diberi aktiviti mewarna gambar berkaitan KDB oleh petugas NADI.
- Gambar disini
- ________________________________________________________________________________________
- .
Tarikh | : 04 Julai 2024 |
Masa | : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : NADI Kg Kundang |
Peserta | : 1 Orang |
Tujuan
Membantu usahawan sekitar mendaftar lesen perniagaan SSM secara percuma melalui inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) bagi usahawan golongan B40.
Aktiviti
Petugas NADI memberi penerangan kepada usahawan berkenaan kepentingan sijil pendaftaran perniagaan bagi menjalankan sesuatu perniagaan. Petugas membantu usahawan untuk mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu di portal ezbiz ssm, membuat temujanji secara atas talian bersama pegawai ssm untuk pengesahan identiti. Setelah pengesahan dibuat, usahawan mula mendaftarkan perniagaan berdasarkan maklumat yang diperlukan serta lampiran yang melayakkan usahawan untuk mendaftar dan mendapatkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) secara percuma.
- Gambar Disini
- ________________________________________________________________________________________________
- Gambar Disini
Tarikh | : 6 Julai 2024 |
Masa | : 9.30 - 10.30 Pagi |
Lokasi | : NADI Kg Kundang |
Kehadiran | : 5 Orang |
Memberi pendedahan kepada peserta / pelajar mengenai fungsi google maps serta meningkatkan pengetahuan tentang penggunaan internet. Memberi peserta membuat latihan menaip dengan menggunakan speedtyping.
Aktiviti
-
Peserta / pelajar didedahkan kepada penggunaan google maps dalam kehidupan seharian. Pelajar dapat membaca tunjuk arah menggunakan google maps. Pelajar turut diberi kuiz untuk menguji tahap pemahaman penggunaan google maps. Pelajar juga turut dikehendaki membuat latihan menaip pantas dengan menggunakan speedtyping test.
- Gambar disini
-
- ___________________________________________________________________________________
- .
Tarikh | : 02/07/2024 |
Masa | : 3.00 - 4.00 Petang |
Lokasi | : NADI Kg Kundang |
Kehadiran | : 1 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan dan memperkenalkan salah satu platform media sosial dan platform niaga iaitu Tiktok Shop kepada usahawan setempat serta teknik fotografi produk.
Aktiviti
-
Kelas pada kali ini merupakan kelas lanjutan Asas Tiktos, pada kali ini peserta diberi tunjuk ajar teknik mengambil gambar produk, dan merekod video seterusnya mengedit video menggunakan capcut dan mengupload di tiktoks sebagai konten.
-
Kemudian peserta diperkenalkan pula kepada tiktok affliate, peserta diajar cara bagaimana menjana pendapatan sampingan dengan menggunakan tiktok affliate. Peserta turut diajar cara untuk menambah jumlah pengikut (follower), memasukan video atau repost video di tiktoks. Diakhir program peserta dapat memahami semua fungsi dan kelebihan tiktok dalam menjana pendapatan.
- __________________________________________________________________________________ ______
- .
-