Tarikh | : 06 April 2019 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 Pagi - 5.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Kundang |
Kehadiran | : 10 Orang |
Tujuan
Sempena Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet, Pusat Internet Kg Kundang menganjurkan pertandingan penulisan artikel bertemakan Kepentingan Internet Dalam Kehidupan, pertandingan Tag Myplace dan pertandingan memasukan gambar produk terbanyak di myshop yang dijalankan serentak . Pertandingan ini disertai oleh seramai 10 orang belia / wanita.
Aktiviti
-
Peserta mereka artikel bertemakan Kepentingan Internet Dalam Kehidupan dan dimasukan ke dalam dashboard komuniti . Peserta kemudian memasukan produk perniagaan ke dalam myshop dan tag lokasi perniagaan dan sebagainya di sekitar Dun Tanjung Sepat.
- Gambar Disini
- ________________________________________________________________________________________
- .
-
Tarikh | : 07 April 2019 (Ahad) |
Masa | : 8.30 Pagi - 4.00 Petang |
Lokasi | : Balai Raya Kg Kundang & Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kundang |
Kehadiran | : 120 Orang |
Tujuan
Sempena Program Hari Bersama Komunit (HBK) Pusat Internet, Pusat Internet Kg Kundang menganjurkan pelbagai pertandingan . Program ini dianjurkan bertujuan untuk menghebahkan kepada masyarakat terutamanya kepada warga setempat mengenai kemudahan yang disediakan oleh SKMM, serta Telekom Malaysia menerusi MSD Digital Intelligence Sdn Bhd iaitu kemudahan capaian internet jalur lebar dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan di Pusat Internet Kg Kundang.
Aktiviti
-
Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB), kuiz, Saringan Kesihatan oleh Kospen Tanjung Sepat, Pertandingan Poster, Pertandingan Video, Pertandingan Aspek Wanita , Pertandingan Aspek Lelaki, Kuiz Roda Sihat, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Penulisan Artikel Mykomuniti, Pertandingan Tag Myplace terbanyak, Pertandingan Memasukan Gambar Produk di Myshop dan pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program.
-
Selain itu turut diadakan pameran dari agensi yang terlibat iaitu Kaunter KWSP, Kaunter Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat (i-Suri), Pameran dan aktiviti Perpustakaan Desa Ladang Batu, Pameran Agensi Pusat Kesihatan Daerah Kuala Langat (Denggi). Diakhir majlis diadakan cabutan bertuah , penyampaian hadiah dan cenderhati oleh wakil TM, En Anuar Bin Kader.
- Gambar Disini
- _______________________________________________________________________________________
- .
-
Tarikh | : 1 Mac 2019 |
Masa | : 11.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Kundang |
Kehadiran | : 13 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar tabika kemas kg kundang mengenai pembelajaran online yang berkaitan dengan pendidikan secara atas talian (ONLINE)
Aktiviti
Kelas ini disertai seramai 13 orang kanak - kanak Tabika Kemas Kg Kundang. Pelajar didedahkan kepada pembelajaran atas talian (Online) yang menyeronokkan. Kanak - kanak ditayangkan video kisah tauladan, membaca dan aktiviti mengenali bunyi haiwan . Kelas komputer ini dibimbing oleh petugas Pusat Internet. Kelas ini dijalankan setiap hari Jumaat .
- Gambar Disini
- ________________________________________________________________________________________
- .
Tarikh | : 14 Mac 2019 |
Masa | : 10.30 pagi - 2.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kundang |
Kehadiran | : 30 Orang |
Tujuan
Tujuan sesi temuramah ini diadakan adalah untuk mempromosikan Pusat Internet serta memaklumkan kepada masyarakat / mewar-warkan kisah kejayaan usahawan Pusat Internet Kampung Kundang .
Aktiviti
Aktiviti yang berlangsung adalah sesi temuramah oleh wartawan Bernama dan RTM terhadap Pn Nor Akmar Minan (Ketua Bahagian Komuniti Digital dan Koordinasi Program), Cik Nor Arzian Saeman (Pengurus Pusat Internet Kg Kundang) dan Pn Mazliana Mohien (Usahawan Pusat Internet Kg Kundang) . Turut hadir adalah MCMC HQ & CRO, Telekom Malaysia (TM), MSD Digital Intelligence dan wartawan Bernama dan RTM.
- ________________________________________________________________________________________
- .
Tarikh | : 02 Mac 2019 |
Masa | : 10.30 pagi - 11.30 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Kundang |
Kehadiran | : 7 Orang |
Tujuan
Kelas komputer ini dilakukan adalah untuk memberi tunjuk ajar dan melatih pelajar baru untuk membuat latihan menaip menggunakan Word Pad.
Aktiviti
Peserta disertai oleh 7 orang pelajar yang terdiri dari pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah . Peserta / pelajar didedahkan kepada pengenalan asas menaip, peserta dikehendaki membuat latihan menaip dengan menaip teks dari modul Intel Easy Step . Keadaan ini membolehkan peserta dapat menambah pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar.
- Gambar Disini
- ________________________________________________________________________________________
- .