Tarikh | : 07 Februari 2019 |
Masa | : 11.00 pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Kundang |
Kehadiran | : 2 Orang |
Tujuan
Kelas komputer ini dilakukan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta dalam mengedit gambar dalam kehidupan seharian sebagai pelajar .
Aktiviti
Peserta disertai oleh 2 orang pelajar yang terdiri dari pelajar sekolah menengah . Peserta / pelajar didedahkan kepada pengenalan pizap.com , peserta dikehendaki membuat poster dengan menggunakan laman web www.pizap.com . Keadaan ini membolehkan peserta dapat menambah pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar.
- Gambar Disini
- ________________________________________________________________________________________
- .
Tarikh | : 1 & 8 Februari 2019 |
Masa | : 11.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Kundang |
Kehadiran | : 12 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar tabika kemas kg kundang mengenai pembelajaran online yang berkaitan dengan pendidikan secara atas talian (ONLINE)
Aktiviti
Kelas ini disertai seramai 12 orang kanak - kanak Tabika Kemas Kg Kundang. Pelajar didedahkan kepada pembelajaran atas talian (Online) yang menyeronokkan. Kanak - kanak ditayangkan video kisah tauladan, membaca dan mengenal huruf ABC . Kelas komputer ini dibimbing oleh petugas Pusat Internet. Kelas ini dijalankan setiap hari Jumaat .
- Gambar Disini
- ________________________________________________________________________________________
- .
Tarikh | : 19 Januari 2019 |
Masa | : 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Kundang |
Kehadiran | : 4 Ibubapa / 15 Orang Pelajar Sekolah |
Tujuan
Mempromosi dan memperkenalkan Aplikasi OSEM, Aplikasi Ulangkaji Paling Awesome yang boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apps Store. Aplikasi ini merupakan satu aplikasi pembelajaran interaktif yang bukan sahaja membantu pelajar untuk mengulangkaji pelajaran, malahan ianya turut menghiburkan dalam masa yang sama.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kepada Apps OSEM , fungsi dan manfaat apps tersebut. Pelajar-pelajar dikehendaki mendownload apss tersebut di Playstore. Seterusnya taklimat turut diberikan kepada ibubapa termasuk menjana pendapatan sampingan dengan OSEM.
- Gambar Disini
- ________________________________________________________________________________________
- .
Tarikh | : 26 Januari 2019 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Perpustakaan Desa Ladang Batu |
Kehadiran | : - |
Tujuan
Mengadakan booth pameran Pusat Internet Kluster Kuala Langat semperna Program Semarak Jawi anjuran Perpustakaan Desa Ladang Batu.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan oleh Pusat Internet sepanjang program tersebut diantaranya silangkata, mewarna dan hexagonal sigma maze. Petugas yang terlibat terdiri daripada Pengurus Pusat Internet Kg Kundang, Pusat Internet Kanchong Darat dan Pusat Internet Labohan Dagang.
- Gambar Disini
- ________________________________________________________________________________________
- .
Tarikh | : 14 Januari 2019 |
Masa | : 4.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Kundang |
Kehadiran | : 1 Orang |
Tujuan
Kelas komputer ini dilakukan bertujuan memberi pendedahan kepada suri rumah menjana pendapatan dan mempromosikan perniagaan secara atas talian .
Aktiviti
Pn Nurul Ezrina didedahkan kepada pengetahuan asas mempromosikan perniagaan melalui laman sosial facebook iaitu membuat FB Page . Kelas dimulakan dengan mereka FB Page, edit gambar, memasukan gambar profil, gambar produk , invite rakan like page dan seterusnya memulakan post bagi mempromosikan perniagaan beliau.
- Gambar Disini
- ________________________________________________________________________________________
- .