Tarikh | : 17 April 2024 |
Masa | : 3.00 - 4.00 Petang |
Lokasi | : NADI Kg Kundang |
Kehadiran | : 1 Orang |
Pendedahan kepada peserta untuk membuat resume dengan menggunakan aplikasi canva.com
Seorang pelajar lepasan SPM hadir ke NADI bagi mempelajari berkenaan penulisan resume menggunakan aplikasi di canva.com. Peserta dilatih membuat resume ringkas dan padat , petugas turut membantu peserta untuk membuat resume dan memberi serba sedikit penerangan berkaitan format resume berdasarkan skop kerja yang akan dipohon.
Tarikh | : 8 April 2024 |
Masa | : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi |
Lokasi | : NADI Kg Kundang |
Kehadiran | : 8 Orang |
Memberi pendedahan kepada peserta / pelajar mengenai fungsi google search dan google maps serta meningkatkan pengetahuan tentang penggunaan internet.
Aktiviti
-
Peserta / pelajar didedahkan kepada penggunaan google search dan google maps dalam kehidupan seharian. Pelajar turut diberi kuiz untuk menguji tahap pemahaman penggunaan google search dan google maps.
- Gambar disini
-
- ___________________________________________________________________________________
- .
Tarikh | : 04 April 2024 |
Masa | : 10.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : NADI Kg Kundang |
Kehadiran | : 1 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan dan memperkenalkan salah satu platform niaga iaitu Tiktok Shop Shopee kepada usahawan setempat .
Aktiviti
-
Peserta merupakan usahawan sekitar NADI Kg Kundang , peserta diberi tunjuk ajar oleh Rakan Digital NADI. Bengkel dimulakan dengan pengenalan kepada tiktok, kemudian peserta dikehendaki mendaftar di tiktok seller dan memasukan semua maklumat diri dan perniagaan yang diperlukan.
-
Kemudian peserta diperkenalkan pula kepada platform Shopee, peserta diajar cara bagaimana menjana pendapatan sampingan dengan menggunakan tiktok affliate dan juga shopee. Diakhir program peserta dapat memahami semua fungsi dan kelebihan tiktok dan shopee dalam menjana pendapatan.
- ________________________________________________________________________________________
- .
-
Tarikh | : 08 April 2024 |
Masa | : 11.00 - 11.30 Pagi |
Lokasi | : NADI Kg Kundang |
Kehadiran | : 3 Orang |
Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah mengenai taklimat Mobile E-waste dan Check Your Label
Aktiviti
Peserta didedahkan tentang Mobile E-waste yang merupakan salah satu usaha Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengumpul barangan elektronik komunikasi yang tidak boleh dipakai lagi untuk dilupuskan dengan kaedah yang selamat dan betul. Selain itu pelajar sekolah turut diberi taklimat berkenaan Check Your Label.
- Gambar disini
- ________________________________________________________________________________________
- .
Tarikh | : 05 April 2024 |
Masa | : 11.30 - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : NADI Kg Kundang |
Kehadiran | : 20 Orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada kanak-kanak Tabika KEMAS Kg Kundang tentang pengenalan Klik Dengan Bijak (KDB).
Aktiviti
-
Pada modul kali ini, kanak-kanak Tabika KEMAS Kg Kundang didedahkan kepada pengenalan Klik Dengan Bijak (KDB) ,meningkatkan pengetahuan kanak-kanak mengenai laman web B.I.J.A.K. Menambahkan kemahiran dan pengetahuan pelajar mengenai fungsi klik dengan bijak dan kebaikan menggunakannya. Dapat mengelakkan diri pelajar daripada menjadi mangsa penipuan apabila mereka menggunakan kdb semasa melayari Internet.
- Gambar Disini
- ________________________________________________________________________________________
- .
-