Tiada sebarang perubahan demografi zon kes aktif pada hari ini namun Selangor telah mencatatkan kes baru tidak melebihi angka 5 selama 5 hari berturut-turut. Tahniah warga Selangor!
Demi memastikan momentum positif ini terjaga, warga Selangor perlu terus berdisiplin mengamalkan norma baru, jangan langgar SOP serta saling berpesan-pesan supaya boleh saling bertanggungjawab antara satu sama lain.
Tentukan MUKIM ANDA dan rujuk infografik BERDASARKAN MUKIM ANDA untuk mengetahui status kes aktif COVID-19 di tempat anda.