Apabila terdapat kes COVID-19 dikesan ditempat kerja, PKD yang menerima notifikasi kes positif akan melakukan siasatan kes dan penilaian risiko. Majikan perlu melakukan sanitasi di ruang kerja kes positif dan ruang gunasama. Majikan juga perlu mengenal pasti pekerja yang memenuhi kriteria kontak rapat dan benarkan mereka bekerja dari rumah sehingga dihubungi oleh PKD untuk tindakan lanjut.
Penutupan tempat kerja pula berdasarkan penilaian berikut :
Bilangan pekerja yang positif.
Bilangan pekerja yang terdedah kepada kes positif.
Ruang kerja yang terlibat.
Tahap pematuhan kepada SOP COVID-19.
Bersama Kita Putuskan Rantaian COVID-19!
Sumber:
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
MOSTI menegaskan vaksin COVID-19 yang akan diguna pakai nanti tidak memberi kesan sampingan memudaratkan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang. Vaksin itu telah diuji secara klinikal dan akan dikawal selia Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Antara ciri ciri khas bagi jangkitan Covid-19 adalah hilang deria bau dan rasa
Cara untuk menguji gejala ini di rumah, cuba hidu bahan bahan yang biasa ada di rumah seperti
Kopi
Buah oren/ lemon
Daun pudina
Bau sabun mandi/ shampoo
* elakkan menghidu bahan bahaya dan boleh menyebabkan iritasi seperti pewangi bilik, petrol, gam dan bahan beracun
Jangan hentikan imunisasi kerana penyakit boleh meningkat kembali. Sayangi kesihatan kita!