KOPI KAMPUNG KU (3K)

 

Kopi Kampung KU (3K) telah diusahakan oleh Encik Kamaruzzaman bin Denan yang telah mewarisi tradisi keluarganya yang berpuluh-puluh tahun mengusahakan pembuatan kopi kampung. Pemprosesan yang dilakukan oleh beliau adalah menggunakan kaedah tradisional dengan kuantiti yang kecil kerana ingin menjaga kualiti kopi tersebut.Sebenarnya, kopi yang berkualiti dapat menarik minat pembeli dan penggemar kopi. Permulaan bagi pasaran kopi ini adalah dari sekitar kampung ,tapi kini pasaran meluas di setengah kawasan di negeri Selangor dengan pembukaan gerai jualan kopi di pasar.

Kopi yang dipilih adalah kopi dari jenis Rabica. Kebiasaannya, kopi tersebut diperolehi dari penduduk kampung sendiri dan kampung lain.Beberapa peringkat perlu dilalui untuk memproses kopi tersebut dan diakhiri dengan peringkat pembungkusan.Cara penyediaan pemprosesan kopi adalah unik dan tersendiri dengan menggunakan kaedah tradisional dan moden.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,sila menghubungi Pengusaha Kopi: En.Kamaruzaman : 0132744495

 

 

 

 

KUIH CAKAR AYAM

 

Kuih Cakar Ayam ini dihasilkan daripada hirisan ubi keledek bersira gula. Pada masa kini agak sukar untuk ‘jumpa’ mereka yang berkebolehan dalam menghasilkan kuih tradisional tersebut dengan baik. Keadaan ini berlaku kerana untuk menghasilkan kuih cakar ayam yang sedap dan rangup, bukan sahaja memerlukan kemahiran tinggi tetapi sanggup ‘tahan panas’ ketika menggoreng dan membentuknya.

Puan Arni Binti Abidin, berumur 52 tahun merupakan usahawan IKS Cakar Ayam yang terkenal di Kampung Kundang. Kuih Cakar ayam sesuai untuk dijadikan :-

  • - Door gift Majlis Perkahwinan / Pertunangan / Majlis Kesyukuran
  • - Musim Perayaan
  • - Hamper / Cenderhati

     

 

Untuk Tempahan : Sila Hubungi Puan Arni Binti Abidin di talian 019 -6118867 .