Capture

Saudari Nor Acma Binti Sahamid, 35 Tahun

Usahawan Mamalicious - Citra Lazat Enterprise

 

Cik Nor Acma Sahamid,  merupakan usahawan yang menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Beliau menjalankan perniagaan dihadapan kediaman beliau. Beliau menjual pelbagai jenis pau siap masak atau pun frozen . 

Selain menjual pau, beliau turut menerima tempahan untuk pelbagai jenis kuih.

 

Usahawan : Nor Acma Binti Sahamid

Alamat     : Jalan Sekolah, Kg Tg Sepat, 42800 Tanjung Sepat, Selangor

No. Tel      : 012-6770357

 

0073dc8e-2422-4218-8983-4a5179e79f73

Puan Suzelawati Binti Hj Masnan, 46 Tahun

Usahawan Khalifah Fried Chiken 

Puan Suzelawati,  merupakan usahawan yang menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Beliau menjalankan perniagaan Khalifah Fried Chiken dihadapan kediaman beliau. Khalifah Fried Chiken menjual pelbagai makanan ringan. 

Antara jualan harian Khalifah Fried Chiken adalah ayam goreng cheese khalifah, ayam gunting popcorn, aiskrim, sosej dan bebola.

 

Usahawan : Suzelawati Binti Hj Masnan

Alamat     : Jalan Klinik Kg Kundang, 42800 Tanjung Sepat, Selangor

No. Tel      : 013-3920127

 

Capture

Nurul Ain Nazurah bt Sumail , 21 Tahun

Usahawan Online

Usahawan online barangan aksesori di Kampung Kundang iaitu Cik Nurul Ain Nazurah bt Sumail. Berusia 21 tahun dan menjadikan perniagaan online sebagai perniagaan sampingan.Beliau merupakan pelajar di sebuah IPT awam di Malaysia.

Sejak PKP berlaku di negara kita, cik Ain Nazurah berada dirumah dan menjalankan aktiviti perniagaan secara online dengan menjual barangan aksesori seperti penyangkut mask, sarung baju untuk hand sanitizer dan minyak wangi kereta yang dihasilkan oleh ibunya sendiri. Cik Ain Nazurah menjalani aktiviti perniagaannya secara dalam talian dengan memasarkan produknya di shoppe, facebook, whatsapp web serta blog dengan bantuan dari petugas PI. Cik Ain Nazurah berharap perniagaan beliau dalam talian dapat berkembang dengan maju serta dapat meningkatkan pendapatan keluarganya. 

 

4     1  3

Usahawan : Cik Nurul Ain Nazurah bt Sumail

Alamat     : Jalan Klinik , Kampung Kundang, 42800 Tanjong Sepat, Selangor

No. Tel      : 013-2804821

Facebook    : https://www.facebook.com/nurul.ainnazurah

_______________________________________________________________________________________________

120812746 388037162216674 3616237252527142999 n

Hajah Salinah Binti Hussin

Usahawan Kafe Cikgu

Puan Hajah Salinah Binti Hussin, merupakan guru pencen yang mengusahakan sebuah gerai makanan berkonsepkan kafe. Beliau dan suami yang juga merupakan guru pencen sebelum ini mengusahakan perniagaan katering.

Seterusnya beliau dan suami membuka dan mengusahakan sebuah kafe dihadapan rumah beliau, dan kini dikenali sebagai Kafe Cikgu. Kafe Cikgu semakin dikenali ramai disebabkan keenakkan rasa yang unik setiap hidangan. 

Terdapat pelbagai menu yang istimewa dan menarik untuk dicuba, antaranya adalah :-

MENU PAGI

- Roti canai kambing

- Nasi lemak lauk pauk

- Lempeng pandan

- Kuih- muih

MAKAN TENGAHARI / PETANG

- Set Kari Kambing

- Set Patin Tempoyak

- Set Gulai Daging Salai

- Set Asam Pedas Jenahak

- Set Nasi Ayam Basmati

- SUP GEARBOX Kambing Special

- Mee Udang      

MINUMAN SPECIAL

- Nescafe Boom

- Kopi Vietnam

- Air Sagu Gula Melaka

- Air Durian Belanda

- Cendol Durian

 

119192382 613868166161373 8563926280420090187 n  119120766 613868656161324 5474597819494200630 n  119131382 613868696161320 5092366724123031423 n  119201160 613868002828056 10293338818345928 n 

119148834 613868526161337 1110941414366023870 n  119155270 613868502828006 6204443519656918344 n  119170966 613868446161345 7846963055186104173 n  119473488 613868212828035 3058883889239259765 n

Beliau turut mengambil tempahan untuk majlis-majlis, kenduri dan sebagainya

Usahawan      : Hajah Salinah Binti Hussin

Alamat          : Batu 36, Jalan Besar Kg Kundang, 42800 Tanjung Sepat, Selangor

No. Tel          : 019-6429554

Facebook       : Kafe Cikgu Kundang

Waktu Operasi : 7.00 Pagi - 4.00 Petang

Lokasi : https://goo.gl/maps/1WX19aRhkipxvpWc6

________________________________________________________________________________

 

 

93255475 126137912363400 5162612399882108928 o

Puan Nurul Ezrina Ahmad , 32 Tahun

Usahawan Char Kuey Teow 

Puan Nurul Ezrina Ahmad, berumur 32 tahun merupakan usahawan muda yang baru menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan . Sebelum ini beliau mengusahakan aiskrim malaysia homemade dengan pelbagai perisa. Kali ini beliau bersama suami telah membuka gerai dihadapan kediaman beliau dan menjual Char Kuey Teow.

Char Kuey Teow yang dijual adalah, Char kuey teow kerang, char kuey teow udang dan char kuey teow special. Bagi pengunjung yang ingin makan di gerai, air turut disediakan secara percuma.

  118620784 177524003891457 3871876755020720913 o  

Beliau turut mengambil tempahan untuk majlis-majlis, kenduri dan sebagainya.

Usahawan : Nurul Ezrina Ahmad

Alamat     : Lorong 4 Jalan Masjid Kg Tanjung Sepat, 42800 Tanjung Sepat, Selangor

No. Tel      : 011-11204014

Facebook  : Alip Char Kuey Teow

________________________________________________________________________________________________