Puan Nurul Ezrina Ahmad , 30 Tahun
Usahawan Aiskrim Malaysia
Puan Nurul Ezrina Ahmad, berumur 30 tahun merupakan usahawan muda yang baru menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan . Puan Ezrina mengusahakan menjual aiskrim malaysia dengan pelbagai jenis perisa. Beliau menjual aiskrim tersebut di hadapan Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat, selain turut menjual secara atas talian untuk permintaan di sekitar Daerah Kuala Langat dan Daerah Sepang.
Diantara perisa aiskrim yang dijual adalah asam limau, bandung, laici biru, mangga, jagung, strawberi, choki, oreo, honeydew, nabati, anggur dan pelbagai perisa yang akan ditambah dari semasa ke semasa. Beliau turut mengambil tempahan untuk majlis-majlis, kenduri dan sebagainya.
Usahawan : Nurul Ezrina Ahmad
Alamat : Jalan Masjid Kg Tanjung Sepat, 42800 Tanjung Sepat, Selangor
No. Tel : 011-11204014
Facebook : Aiskrim.myhana
_________________________________________________________________________________________
Puan Arni Binti Abidin , 52 Tahun
Usahawan IKS Cakar Ayam Kg Kundang
Puan Arni Binti Abidin, berumur 52 tahun merupakan usahawan IKS Cakar Ayam yang terkenal di Kampung Kundang. Kuih Cakar Ayam ini dihasilkan daripada hirisan ubi keledek bersira gula. Pada masa kini agak sukar untuk ‘jumpa’ mereka yang berkebolehan dalam menghasilkan kuih tradisional tersebut dengan baik. Keadaan ini berlaku kerana untuk menghasilkan kuih cakar ayam yang sedap dan rangup, bukan sahaja memerlukan kemahiran tinggi tetapi sanggup ‘tahan panas’ ketika menggoreng dan membentuknya.
Menurut puan Arni Abidin, beliau mempelajari cara pembuatan cakar ayam dari semasa ke semasa untuk menghasilkan kuih cakar ayam yang rangup dan berkilat. Kerja-kerja menggoreng hirisan ubi keledek di dalam minyak yang menggelegak juga menuntut kesabaran yang tinggi jika seseorang itu tidak tahan panas. Ini kerana kerja-kerja membentuk kuih cakar ayam di dalam acuan perlu dilakukan ketika hirisan ubi dikeluarkan semasa masih panas daripada kuali.
Berkat keazamannya, akhirnya dia mampu menghasilkan kuih cakar ayam yang baik serta boleh diusahakan secara komersial untuk dipasarkan. Beliau menjalankan perniagaannya hampir 20 tahun dan mewarisi perniagaan keluarganya. Dengan menggunakan teknik tradisional dalam pembuatan cakar ayamnya, kini cakar ayam beliau mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya semasa musim perayaan dan majlis kenduri kahwin. Kini, beliau berjaya memasarkan produknya di Internet dan memperolehi pelanggan yang tetap terutama dari pelanggan dari bandar dan negeri lain. Puan Arni Abidin membuat kuih cakar ayam secara komersial dengan bantuan suami serta anak-anaknya .
Pasaran :
- Door gift Majlis Perkahwinan / Pertunangan / Majlis Kesyukuran
- Musim Perayaan
- Hamper / Cenderhati
- Pasaran sekitar Daerah Kuala Langat , Sepang dan Klang.
Harga Produk :
Puan Arni menjual kuih cakar ayam pada kadar harga yang berpatutan.
Untuk Tempahan : Hubungi Puan Arni Binti Abidin di talian +6 019 -6118867 .
KOPI KAMPUNG KU -3K
En Kamaruzaman Bin Denan
Usahawan IKS Kopi Kampung
Kopi Kampung KU (3K) telah diusahakan oleh Encik Kamaruzzaman bin Denan yang telah mewarisi tradisi keluarganya yang berpuluh-puluh tahun mengusahakan pembuatan kopi kampung. Pemprosesan yang dilakukan oleh beliau adalah menggunakan kaedah tradisional dengan kuantiti yang kecil kerana ingin menjaga kualiti kopi tersebut.Sebenarnya, kopi yang berkualiti dapat menarik minat pembeli dan penggemar kopi.Permulaan bagi pasaran kopi ini adalah dari sekitar kampung ,tapi kini pasaran meluas di setengah kawasan di negeri Selangor dengan pembukaan gerai jualan kopi di pasar. Harapan bagi En. Kamaruzzaman ialah untuk menjadi pembekal kopi bumiputera yang pertama berjaya memasarkan kopinya di dalam dan di luar negara.
Oleh itu, beliau berharap agensi-agensi yang terlibat dapat membantu beliau dalam memasarkan pengeluaran kopinya dengan meluas.Kopi yang dipilih adalah kopi dari jenis Rabica. Kebiasaannya, kopi tersebut diperolehi dari penduduk kampung sendiri dan kampung lain.Beberapa peringkat perlu dilalui untuk memproses kopi tersebut dan diakhiri dengan peringkat pembungkusan.Cara penyediaan pemprosesan kopi adalah unik dan tersendiri dengan menggunakan kaedah tradisional dan moden.
Pemprosesan Kopi
Pemprosesan kopi adalah unik dan memerlukan beberapa peringkat pemprosesan.Kopi jenis Rabica dipilih atau kopi kampung yang mana dibeli oleh penduduk kampung dengan mengikut kadar bayaran kopi yang telah ditetapkan dan dipersetujui.
Peringkat 1 – Proses mengeringkan kopi
Peringkat 2 – Proses Pengupasan,pengasingan dan pengayakan biji kopi
Peringkat 3 – Menyangrai Kopi ( 2 jam 45 minit )
Peringkat 4 – Memasak Kopi ( selama 3 jam )
Peringkat 5 – Mengisar Kopi
Peringkat 6 (Terakhir) – Pembungkusan
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan,sila menghubungi Pengusaha Kopi : |
En.Kamaruzaman : 0132744495