( USAHAWANAN KRAFTANGAN BUNGA HIASAN )
Nama | : Norazima Binti Mohd Anuar |
Umur | : 33 Tahun |
Ahli | : 2024 |
Latar belakang
Puan Norazima binti Mohd Anuar, 33 tahun, merupakan usahawan kraftangan bunga hiasan di Kampung Tanjong Sepat. Puan Norazima telah memulakan perniagaan ini sejak tahun 2020 lagi dengan berniaga secara kecil-kecilan di rumahnya dan kepada kenalannya sahaja. Kini, dengan bantuan petugas NADI, perniagaannya berkembang dan beliau berjaya memperolehi pendapatan yang tinggi yang mana dahulu pendapatan beliau setiap bulan dalam sekitar RM100/bulan, kini pendapatan beliau meningkat dalam RM300/ bulan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya dalam program/aktiviti/bengkel di NADI, Pasaran produk Pn. Norazima adalah terhad dan tidak meluas kerana dipasarkan secara kecil-kecilan di kampungnya. Beliau juga tidak mahir dalam mempromosikan jualan produknya di Internet terutama di kedai dalam talian seperti shoppe,Instagram dan tiktok.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan bantuan petugas NADI, Pn. Norazima berjaya memasarkan produk kraftangan bunganya di Internet iaitu di Instagram dan facebook. Beliau banyak mengikuti kelas dan kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak NADI serta semua program yang dianjurkan oleh pihak NADI. Antara kelas yang dihadiri oleh beliau adalah kelas asas komputer dan Internet, Bengkel Asas Keusahawanan , Bengkel Usahawan dan Bengkel pemasaran Digital. Selain itu, beliau banyak menggunakan kemudahan yang terdapat di NADI seperti penggunaan komputer/ internet , laminate, print, fotostat dan sebagainya untuk memudahkan urusan perniagaan beliau.Kini, pemasaran perniagaan beliau semakin meluas dan pendapatan beliau juga meningkat. Beliau berharap dapat memahirkan diri dalam menguruskan kedai dalam talian ini kelak.
====================================================================================
(KISAH KEJAYAAN CELIK IT )
Nama |
: Muhammad Nur Iman Bin Iskandar |
Umur |
: 12 Tahun |
Ahli |
: 2020 |
Latar belakang
Muhammad Nur Iman bin Iskandar, 12 tahun merupakan seorang pelajar tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu Laut.Nur iman merupakan salah seorang ahli NADI Kg Kundang yang aktif menyertai program/bengkel yang dianjurkan oleh pihak NADI. Muhammad Nur Iman menggunakan kemudahan di NADI seperti menggunakan komputer dan Internet untuk pembelajaran dan mengulangkaji pelajaran.Hasil pembelajaran di NADI, Muhammad Nur Iman dapat meningkatkan kemahirannya dalam berkomputer dan Internet. Malahan jua, Muhammad Nur Iman dapat menambah kenalannya menerusi platform yang berada di Internet seperti facebook, Instagram dan blog. Muhammad Nur Iman amat disenangi oleh petugas NADI, kerana sikapnya yang suka menolong dan rajin membantu terutama program yang dianjurkan oleh pihak NADI. Banyak kemahiran dan pengetahuan adik Nur Iman perolehi hasil daripada pembelajaran secara online, klik dengan bijak,melibatkan diri dalam aktiviti NADI dan mengulangkaji pembelajara. Muhammad Nur Iman berharap beliau dapat mahir dalam penggunaan komputer dan celik IT dan berjaya dalam pembelajarannya kelak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan Muhammad Nur Iman dalam aktiviti dan program di NADI,beliau tidak gemar untuk belajar serta suka bermain permainan di handphone.Selain itu, Muhammad Nur Iman tidak pandai menggunakan komputer mahupun Internet. Beliau hanya gemar bermain dan mengulangkaji pembelajaran di rumah sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah melibatkan diri dalam aktiviti dan program di NADI Kampung Kundang,Muhammad Nur Iman kini aktif dalam program, dan bengkel yang dianjurkan oleh pihak NADI.Kini, Nur Iman amat mengetahui mengenai Internet serta pembelajaran secara online. Beliau mahir juga dalam menaip dan mempelajari asas komputer serta mengetahui serba sedikit mengenai Microsoft Office dengan bantuan dari petugas NADI.Muhammad Nur Iman juga mempunyai ramai kenalan bukan sahaja di sekolahnya malahan di tempat-tempat lain menerusi laman sosial facebook serta blog. Semasa cuti sekolah, beliau akan mengulangkaji pelajaran di NADI bersama rakan-rakannya untuk membuat kerja sekolah dan juga membaca buku.Banyak program yang Nur Iman sertai di NADI antaranya program cuti sekolah, gotong-royong dan sebagainya. Muhammad Nur Iman berharap rakan-rakannya yang lain dapat bersama-sama menggunakan perkhidmatan di NADI sebaik-baiknya terutama dalam pembelajaran secara online.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN)
Nama |
: Siti Suzainie Binti Abdul Raman |
Umur |
: 45 Tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Puan Siti Suzainie Abdul Raman, 45 tahun, merupakan usahawan menjual makanan ringan iaitu tortilla chips di kedai online shoppe.com . Beliau membuka perniagaannya sejak tahun 2020 lagi dengan berniaga secara kecil-kecilan di rumah dan juga menjual produknya pada kenalannya di sekitar kampung.Selain produk makanan, Puan Siti Suzainie juga menjadi tukang jahit bagi pakaian wanita seperti baju kurung, blouse dan kemeja.Bagi menambahkan pendapatan beliau, Pn Siti Suzainie memasarkan produk perniagaannya kedai dalam talian iaitu shoppe dan facebook. Dengan bantuan PEDi, Pn Siti Suzainie berjaya memasarkan produk perniagaannya di shoppe dengan mendapat pelanggan dari luar kawasan dan pendapatannya kini meningkat.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatannya dalam program/aktiviti di PEDi, Pasaran produk Pn Siti Suzainie adalah terhad dan tidak meluas dan menyebabkan pendapatannya hanya sedikit hanya sekitar RM 100-RM 300/bulan. Beliau juga tidak mahir dalam mempromosikan jualan produknya di Internet terutama dalam Facebook dan kedai dalam talian (shoppe).
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Dengan bantuan petugas PEDi, Pn Siti Suzainie berjaya memasarkan produk makanan ringannya di Internet iaitu di Shopee, tik tok dan laman sosial yang lain . Beliau banyak mengikuti kelas dan kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PEDi serta semua program yang dianjurkan oleh pihak PEDi antaranya program E-Keusahawanan , Pertandingan Usahawan Baru Online dan sebagainya. Antara kelas yang dihadiri oleh beliau adalah kelas asas komputer dan Internet, Bengkel Asas Keusahawanan , Bengkel Usahawan Shopee dan sebagainya. Jualan beliau semakin meluas dengan adanya pasaran online di laman sosial seperti di facebook , blog, tik tok dan platform shopee.
Beliau juga sangat aktif dalam menyertai program dan bengkel yang dianjurkan oleh pihak PEDi. Selain itu, beliau menggunakan kemudahan yang terdapat di PEDi seperti penggunaan komputer/ internet , laminate, print, fotostat dan sebagainya untuk memudahkan urusan harian beliau.Perniagannya semakin maju dan beliau berharap dapat meningkatkan pendapatannya dengan memahirkan diri menguruskan kedai dalam talian iaitu shoppe.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(KISAH KEJAYAAN CELIK IT )
Nama |
: Nur Amera Nadira Binti Sumail |
Umur |
: 11 Tahun |
Ahli |
: 2022 |
Latar belakang
Nur Amera Nadira binti Sumail, 11 tahun merupakan seorang pelajar tahun 5 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Batu Laut. Nur Amera Nadira merupakan ahli PEDi Kampung Kundang yang aktif menyertai program/bengkel yang dianjurkan oleh pihak PEDi.Nur Amera Nadira menggunakan kemudahan dan perkhidmatan di PEDi untuk pembelajaran dan juga mengikuti bengkel dan program yang dianjurkan oleh pihak PEDi.Hasil pembelajaran di PEDi, adik Amera dapat meningkatkan kemahirannya dalam berkomputer dan celik it. Malahan jua, Anera dapat menambah kenalannya menerusi platform yang berada di Internet seperti facebook, Instagram dan blog. Adik Amera amat disenangi oleh petugas PEDi, kawan-kawan serta guru-gurunya disebabkan sikapnya yang suka menolong dan rajin. Banyak kemahiran dan pengetahuan adik Amera apabila belajar komputer di PEDi seperti pembelajaran secara online, klik dengan bijak, e-tuisyen PEDi dan mengulangkaji pembelajaran di PEDi. Adik Amera berharap beliau dapat cekap dalam penggunaan komputer dan celik IT dan berjaya dalam pembelajarannya menerusi pembelajaran atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan Nur Amera Nadira dalam aktiviti dan program di PEDi,pembelajaran beliau lemah dan kurang bergaul dengan rakan-rakan.Malahan, adik Amera tidak pandai menggunakan komputer mahupun Internet. Beliau hanya gemar bermain dan mengulangkaji pembelajaran di rumah sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah melibatkan diri dalam aktiviti dan program di PEDi Kampung Kundang,Nur Amera Nadira kini aktif dalam program,e-tuisyen dan bengkel yang dianjurkan oleh pihak PEDi. Walaupun beliau masih kecil, tetapi beliau amat mengetahui mengenai Internet serta pembelajaran secara online. Beliau kini mahir dalam menaip dan mempelajari asas komputer serta mengetahui serba sedikit mengenai Microsoft Office dengan bantuan dari petugas PEDi.Adik Amera juga mempunyai ramai kenalan bukan sahaja di sekolahnya malahan di tempat-tempat lain menerusi laman sosial facebook serta blog.Nur Amera amat disenangi oleh guru-gurunya dan juga petugas PEDi.Semasa cuti sekolah, beliau akan mengulangkaji pelajaran di PEDi bersama rakan-rakannya untuk membuat kerja sekolah dan juga membaca buku.Banyak program yang adik Amera sertai di PEDi antaranya program cuti sekolah, gotong-royong dan sebagainya.. Adik Amera berharap rakan-rakannya yang lain dapat bersama-sama menggunakan perkhidmatan di PEDi sebaik-baiknya terutama dalam pembelajaran secara online dan e-tuisyen.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(KISAH KEJAYAAN CELIK IT )
Nama |
: Husnina Zahra Binti Mohd Azmi |
Umur |
: 9 Tahun |
Ahli |
: 2023 |
Latar belakang
Husnina Zahra bt Mohd Azmi, 9 tahun merupakan seorang pelajar yang aktif dalam pelajaran dan kokurikulum. Husnina Zahra merupakan seorang pelajar yang menggunakan kemudahan di PEDi Kampung Kundang untuk belajar secara online mahupun bersemuka. Adik Husnina dapat meningkatkan kemahirannya dalam berkomputer dan celik it. Malahan adik Husnina dapat juga bergaul dengan rakan-rakannya yang lain semasa berada di PEDi. Adik Husnina Zahra amat disenangi oleh petugas PEDi, kawan-kawan serta guru-gurunya disebabkan sikapnya yang suka menolong dan rajin bertanya. Banyak kemahiran dan pengetahuan adik Husnina pelajari apabila belajar komputer di PEDi seperti pembelajaran secara online, klik dengan bijak, e-tusiyen PEDi dan mengulangkaji pembelajaran di PEDi. Adik Husnina berharap beliau dapat berjaya dalam pembelajarannya dan mahir dalam pengetahuan mengenai komputer dan celik it kerana ia berguna di masa hadapan kelak.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan Adik Husnina Zahra dalam aktiviti dan program di PEDi, beliau amat suka duduk di rumah dan tidak gemar bersosial dan berkawan malahan hanya belajar di rumahnya sahaja. Malahan, adik Husnina tidak pandai menggunakan komputer mahupun internet. Beliau hanya gemar bermain dan mengulangkaji pembelajaran di rumah sahaja bersama adik-adiknya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah melibatkan diri dalam aktiviti dan program di PEDi Kampung Kundang, Husnina Zahra kini aktif dalam program,etusiyen dan bengkel yang dianjurkan oleh pihak PEDi. Walaupun beliau masih kecil, tetapi beliau amat mengetahui mengenai Internet serta pembelajaran secara online. Beliau kini mahir dalam menaip dan mempelajari asas komputer serta mengetahui serba sedikit mengenai Microsoft Office dengan bantuan dari petugas PEDi. Adik Husnina juga mempunyai ramai kenalan bukan sahaja di sekolahnya malahan di tempat-tempat lain menerusi laman sosial facebook serta blog. Adik Husnina amat disenangi oleh guru-gurunya dan juga petugas PEDi. Semasa cuti sekolah, beliau akan mengulangkaji pelajaran di PEDi bersama rakan-rakannya untuk membuat kerja sekolah dan juga membaca buku.Banyak program yang adik Husnina sertai di PEDi antaranya program cuti sekolah dan sebagainya. Adik Husnina berharap rakan-rakannya yang lain dapat bersama-sama menggunakan perkhidmatan di PEDi sebaik-baiknya serta memasuki kelas komputer kerana ia banyak kelebihannya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------