SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KAMPUNG KUNDANG

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Kundang merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN :
  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet .
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 
 
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Kundang menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
Perkhidmatan - perkhidmatan lain yang disediakan :
  • Printing / Fotostet
  • Binding / Laminate
  • Pembayaran Bil Utiliti (Ejen Bank BSN)
  • Perkhidmatan penggunaan komputer / internet
  • Perkhidmatan Poslaju dan PUDO Ninjavan
 
 
WAKTU OPERASI PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) :
 

ISNIN - AHAD (SETIAP HARI) 

:  9.00 Pagi - 6.00 Petang

HARI PELEPASAN AM

:  TUTUP

REHAT

:  1.00 Petang - 2.00 Petang

 

:  12.30 Tengahari - 2.30 Petang (Jumaat)

 

KENALI PETUGAS PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) :

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Kundang di selia oleh dua orang petugas. Untuk menjadi petugas NADI , petugas harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI dan menggalas tugas, tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali petugas NADI Kampung Kundang:-

 
PENGURUS
 
20180817171440 16 v7bJZVuW1GvXyyKRDoHo thumb
 
Nama : Nor Arzian Binti Saeman
Mula berkhidmat : 20 April 2012
 
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
20180818143410 17 wmuSIeIf90f41HtSojKZ thumb
 
Nama : Noor Farhani Binti Nisman
Mula berkhidmat : 29 November 2007