Pertukaran nama itu bertujuan untuk mempertingkatkan pemahaman rakyat dalam penggunaan digital, meningkatkan tahap celik digital, memperluaskan manfaat NADI kepada golongan muda, sebagai pusat sebaran maklumat, meningkatkan sosioekonomi rakyat dan banyak lagi sejajar dengan matlamat baharu pertukaran nama NADI.
#NADImalaysia #officialnadimalaysia #KKD #MCMC
WASPADA ANCAMAN MACAU SCAM!
Mereka menyamar sebagai anggota agensi penguatkuasaan dan akan memanipulasi anda supaya percaya kepada mereka.
Kekal tenang, jangan panik! Jangan klik pautan yang mencurigakan dan jangan dedahkan maklumat peribadi anda. Terus putuskan panggilan.
Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 dengan segera sekiranya anda menjadi mangsa scam agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.
Jom meriahkan Persidangan PEDi Madani 2023 yang akan dianjurkan pada 29 November 2023 ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Persidangan PEDi 2023 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini akan dirasmikan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari
termasuk sesi masterclass dan persidangan, reruai pameran daripada usahawan-usahawan PEDi serta Bazaar Rahmah yang menjual barangan asas dengan harga patut.
Jangan lupa untuk hadir ke Persidangan PEDi Madani 2023. Masuk adalah percuma.
Daftar sekarang di pautan berikut: https://www.mcmc.gov.my/pedi-conference/index.html