Kampung Kundang sebuah kampong Melayu Tradisional yang masih mengekalkan budaya dan adat resam Melayu. Atas semangat penduduk kampong, kampong Kundang telah beberapa kali menjuarai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan khususnya dan juga agensi-agensi separa kerajaan amnya. Atas kebijaksanaan para pemimpinnya yang dibimbing oleh Wakil Rakyat serta Agensi Kerajaan nama Kampung Kundang semakin terserlah.
Ramai para pelawat dari dalam dan luar Negara telah berkunjung ke kampong ini. Kehadiran para pelawat dan tetamu amat di alu-alukan. Tetamu juga dipersilakan untuk menginap di rumah-rumah homestay bagi menikmati serta menghayati kehidupan sebenar dikampung ini.
MAKLUMAT KAMPUNG
Nama Kampung |
Kampung Kundang |
Tahun Dibuka | 1890 |
Mukim | Batu |
DUN | N54 Tanjung Sepat |
Daerah | Kuala Langat |
Parlimen | Sepang |
Negeri | Selangor Darul Ehsan |
Penghulu Mukim Batu | Encik Redzuan Bin Samsudin |
Dewan Undangan Negeri | Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah |
Ahli Parlimen | Y.B YB Puan Hajah Raj Munni Binti Sabu |
Pegawai Daerah | Tuan Muhammad Hezza Bin Hassan |
Kedudukan | 35 km dari KLIA dan 100 km dari Kuala Lumpur |
Kependudukan | 100% Melayu |
Keluasan | 2,150 Hektar |
Jumlah Penduduk | 3,600 |
Jumlah Rumah | 610 |
Hasil Pertanian |
Kelapa Sawit, Kelapa, Kopi , Nenas, Tanaman Kontan |
Hasil Ternakan |
Ternakan Lembu, Ayam dan Perikanan |
(Sumber : Profil Kg Kundang, Portal www.selangor.gov.my dan www.parlimen.gov.my )
Kemaskini : 23/08/2023