Kampung Kundang sebuah kampong Melayu Tradisional yang masih mengekalkan budaya dan adat  resam Melayu. Atas semangat penduduk kampong, kampong Kundang telah beberapa kali menjuarai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan khususnya dan juga agensi-agensi separa kerajaan amnya. Atas kebijaksanaan para pemimpinnya yang dibimbing oleh Wakil Rakyat serta Agensi Kerajaan nama Kampung Kundang semakin terserlah.

Ramai para pelawat dari dalam dan luar Negara telah berkunjung ke kampong ini. Kehadiran para pelawat dan tetamu amat di alu-alukan. Tetamu juga dipersilakan untuk menginap di rumah-rumah homestay bagi menikmati serta menghayati kehidupan sebenar dikampung ini. 

 

MAKLUMAT KAMPUNG

Nama Kampung
 Kampung Kundang
Tahun Dibuka  1890
Mukim  Batu
DUN  N54 Tanjung Sepat
Daerah  Kuala Langat
Parlimen  Sepang
Negeri  Selangor Darul Ehsan
Penghulu Mukim Batu  Encik Redzuan Bin Samsudin
Dewan Undangan Negeri     Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Ahli Parlimen  Y.B YB Puan Hajah Raj Munni Binti Sabu
Pegawai Daerah  Tuan Muhammad Hezza Bin Hassan
Kedudukan  35 km dari KLIA dan 100 km dari Kuala Lumpur
Kependudukan  100% Melayu
Keluasan  2,150 Hektar
Jumlah Penduduk  3,600
Jumlah Rumah  610
Hasil Pertanian

 Kelapa Sawit, Kelapa, Kopi , Nenas, Tanaman Kontan

Hasil Ternakan

 Ternakan Lembu, Ayam dan Perikanan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Sumber : Profil Kg Kundang, Portal www.selangor.gov.my  dan www.parlimen.gov.my )

Kemaskini : 23/08/2023