HOMESTAY

Program Homestay merupakan suatu pakej pelancongan yang memberikan anda peluang untuk menjalani hidup di kampung. Bagi pengunjung dari bandar yang biasa dengan kesibukan kota, program Homestay ini merupakan pakej pelancongan pilihan yang tepat bagi melepaskan diri daripada tekanan kerja dan kesibukan gaya hidup yang mewah. Para peserta Homestay merupakan peserta-peserta yang mencapai piawaian Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan sebagai penyelaras Homestay.

Anda akan dilayan seperti ahli keluarga sendiri oleh peserta Homestay dan dapat menyertai acara-acara atau aktiviti kampung yang biasa dijalankan seperti aktiviti gotong-royong atau acara kenduri kahwin.

Program Homestay di Kuala Langat bermula di Kampung Kanchong Darat dan Kampung Endah, yang telah dimulakan pada Julai 1998. Pada tahun 2002, Kampung Batu Laut telah dimasukkan dalam program ini. Ketiga-tiga kampung ini telah banyak meraih kejayaan di dalam pertandingan kampung yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Kampung Kanchong Darat telah dinobatkan sebagai johan antara johan pertandingan Keindahan, Kebersihan dan Kemajuan Kampung Peringkat Kebangsaan tahun 2000, manakala Kampung Endah menjadi johan pertandingan Keindahan, Kebersihan dan Kemajuan Kampung Peringkat Kebangsaan pada tahun 1990 dan Kampung Batu Laut menjadi johan pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada tahun 2002.

 

KENALI HOMESTAY KAMPUNG KUNDANG

Homestay kg.kundang bermula pada tahun 2005. Homestay ini digerakkan oleh Pejabat Pertanian Kuala Langat dan di pantau salah seorang pegawai di jabatan ini. Bermula dengan 20 orang peserta yang berdaftar secara rasmi dengan pihak JKKK dan Jabatan Pertanian. Peserta diberi pendedahan awal konsep homestay ini.


   
 
AKTIVITI HOMESTAY :-

  • Lawatan ke IKS
  • Lawatan ke tapak pertanian , tanaman kontan yang di usahakan penduduk kampung sendiri.
  • Lawatan ke tapak ternakan lembu dan kolam udang harimau.
  • Aktiviti dipersisiran pantai, iaitu aktiviti menangkap ikan serta aktiviti BBQ.
  • Aktiviti rekreasi seperti  permainan bola sepak, bola jaring, badminton, bermain layang-layang, WAU serta permainan tradisional lain.
  • Aktiviti kebudayaan seperti  kuda kepang, keroncong, barongan, cempuling dan pelbagai lagi.
  • Aktiviti kraftangan ;- iaitu membuat bekas telur mengunakan bahan kitar semula.

Homestay Kampung Kundang  menyediakan beberapa rumah warisan yang cantik dan mempunyai suasana kampung yang harmoni. Homestay Kg.Kundang ini terletak berhampiran kawasan pantai mahupun KLIA.

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi  Pengerusi Homestay Kg. Kundang EN.ARMAN BIN SAEMAN, ditalian 019-6431818 @ 03-31481096, beralamat di 
Homestay Kg. Kundang, Pejabat Pos Tanjung Sepat, 42800 Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.