HOMESTAY
Program Homestay merupakan suatu pakej pelancongan yang memberikan anda peluang untuk menjalani hidup di kampung. Bagi pengunjung dari bandar yang biasa dengan kesibukan kota, program Homestay ini merupakan pakej pelancongan pilihan yang tepat bagi melepaskan diri daripada tekanan kerja dan kesibukan gaya hidup yang mewah. Para peserta Homestay merupakan peserta-peserta yang mencapai piawaian Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan sebagai penyelaras Homestay.
Anda akan dilayan seperti ahli keluarga sendiri oleh peserta Homestay dan dapat menyertai acara-acara atau aktiviti kampung yang biasa dijalankan seperti aktiviti gotong-royong atau acara kenduri kahwin.
Program Homestay di Kuala Langat bermula di Kampung Kanchong Darat dan Kampung Endah, yang telah dimulakan pada Julai 1998. Pada tahun 2002, Kampung Batu Laut telah dimasukkan dalam program ini. Ketiga-tiga kampung ini telah banyak meraih kejayaan di dalam pertandingan kampung yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Kampung Kanchong Darat telah dinobatkan sebagai johan antara johan pertandingan Keindahan, Kebersihan dan Kemajuan Kampung Peringkat Kebangsaan tahun 2000, manakala Kampung Endah menjadi johan pertandingan Keindahan, Kebersihan dan Kemajuan Kampung Peringkat Kebangsaan pada tahun 1990 dan Kampung Batu Laut menjadi johan pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada tahun 2002.
KENALI HOMESTAY KAMPUNG KUNDANG
Homestay kg.kundang bermula pada tahun 2005. Homestay ini digerakkan oleh Pejabat Pertanian Kuala Langat dan di pantau salah seorang pegawai di jabatan ini. Bermula dengan 20 orang peserta yang berdaftar secara rasmi dengan pihak JKKK dan Jabatan Pertanian. Peserta diberi pendedahan awal konsep homestay ini.
AKTIVITI HOMESTAY :-
- Lawatan ke IKS
- Lawatan ke tapak pertanian , tanaman kontan yang di usahakan penduduk kampung sendiri.
- Lawatan ke tapak ternakan lembu dan kolam udang harimau.
- Aktiviti dipersisiran pantai, iaitu aktiviti menangkap ikan serta aktiviti BBQ.
- Aktiviti rekreasi seperti permainan bola sepak, bola jaring, badminton, bermain layang-layang, WAU serta permainan tradisional lain.
- Aktiviti kebudayaan seperti kuda kepang, keroncong, barongan, cempuling dan pelbagai lagi.
- Aktiviti kraftangan ;- iaitu membuat bekas telur mengunakan bahan kitar semula.
Homestay Kampung Kundang menyediakan beberapa rumah warisan yang cantik dan mempunyai suasana kampung yang harmoni. Homestay Kg.Kundang ini terletak berhampiran kawasan pantai mahupun KLIA.
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi Pengerusi Homestay Kg. Kundang EN.ARMAN BIN SAEMAN, ditalian 019-6431818 @ 03-31481096, beralamat di Homestay Kg. Kundang, Pejabat Pos Tanjung Sepat, 42800 Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan.
1- BAGAN LALANG
Bagan Lalang merupakan sebuah pantai perangin di negeri Selangor yang kurang dikenali pada masa dahulu tetapi kini banyak pembangunan telah di jalankan oleh kerajaan negeri Selangor bagi mempromosikan Pantai Bagan Lalang sebagai sebuah pantai peranginan yang terkenal di Selangor.
Terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hanya sejam perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur melalui PLUS Higway menuju arah ke KLIA.
Aktiviti perkhemahan adalah dibenarkan di sini berhadapan dengan gerai-gerai makanan dan di sediakan juga tandas berbayar serta tong-tong sampah awam dan gazebo untuk beristirehat.
Penginapan :-
Terdapat rumah tumpangan dimana terdapat satu kawasan rumah tumpangan yang dimilik oleh badan kerajaan iaitu Jabatan Perikanan dan beberapa penginapan seperti Hotel Sri Malaysia, Camar Laut, Resort-resort kecil dan homestay.
AVANI Sepang Gold Coast Resort merupakan sebuah tempat penginapan peranginan mewah di Pantai Bagan Lalang, yang menjanjikan keselesaan pengunjung merasai suasana yang damai . Resort yang dibina diatas air laut mewujudkan suasana yang nyaman.
2- PANTAI BATU LAUT
Pantai Batu Lautmerupakan salah satu lokasi riadah yang mampu menarik kedatangan ramai pengunjung setiap hujung minggu. Keistimewaannya jelas terserlah apabila pantai ini dijadikan sebagai kawasan latihan perahu layar di bawah naunganPersatuanPerahuLayarSelangor. Bukan sekadar itu, persatuan ini turut melahirkan beberapa atlet sukan perahu layar.
Acara perahu layar sering mendapat tempat di pertandingan antarabangsa yang popular di serata dunia. Perkembangan sukan ini meraih perhatianPersatuanOptimistDinghyAntarabangsa(IODA). Secara tidak langsung, ia merupakan salah satu daripada aktiviti riadah yang berpotensi menarik minat pengunjung dari serata dunia. Pada tahun 2009, Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Perahu Layar Optimist Asia di Langkawi.
Pantai Batu Laut merupakan antara lokasi latihan perahu layar di Malaysia. Menjadi kebanggaan penduduk setempat,Pantai Batu Laut menerima kunjungan orang ramai pada setiap hujung minggu untuk melihat sendiri sesi latihan yang diadakan di situ. Peserta perahu layar di sini adalah di bawah naunganPersatuanPerahuLayarSelangor. Kebanyakan peserta berusia antara sembilan hingga 20 tahun.
3- PANTAI MORIB
Pantai Morib merupakan salah satu kawasan beristirehat berpantai di daerah Kuala Langat, ia merupakan destinasi yang paling sesuai bagi pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur yang ingin melepaskan diri daripada tekanan kerja kerana jaraknya yang tidak jauh.
Perjalanan untuk ke sampai ke Morib dari Kuala Lumpur adalah melalui Jalan Persekutuan ataupun melalui North Klang Valley Expressway via Klang. Dari Klang, teruskan perjalanan anda sehingga Banting sebelum tiba di Morib.
PantaiMoribmenyimpan pelbagai sejarah negara di mana pada9 September 1945, satu pasukan tenteraIndiadariBatalion ke-46tentera marinBritishtelah mendarat di kawasan tersebut bagi mempertahankan persisiran pantai daripada serangan tenteraJepun. Suatu masa dahulu,PantaiMoribpernah menjadi sebuah kawasan pelancongan yang popular di kalangan pelancong asing mahupun tempatan.
Penginapan :-
Terdapat tiga buah penginapan yang paling hampir dengan pantai. Sementara Hotel Sri Morib menambah nilai penginapannya dengan akses ke kelab golf, Impian Morib Hotel pula merangkaikan tarikan penginapannya dengan pakej kursus selain kolam renang yang besar. Gold Coast Morib Resort pula menawarkan perkhidmatan penginapan dengan tema air (water park).